Saturday 2 April 2011

Kisah Si Pemotong Kayu dan Kapaknya

PROLOG
Tersebut lah kisah seorang tua lagi miskin yang tinggal jauh di pedalaman. Adapun perkerjaannya hanya sebagai pemotong kayu mencari sesuap nasik untuk meneruskan kehidupannya bersama si isteri. Namun begitu hidup mereka aman damai dan bahagia walau sekadar kais pagi makan pagi… kasihnya pada si isteri tidak pernah berbelah bagi…
CHAPTER I
Di suatu hari, Si Pemotong Kayu telah pergi ke hutan untuk mencari kayu api sebagaimana rutin sehariannya. Ketika lalu kat kawasan tasik, Si Pemotong Kayu telah tergelincir dan kapak buruknya terjatuh dalam tasik tu. Amatlah sedih dan hiba akan kehilangan kapaknya itu. Itu lah satu2nya kapak untuk dia mencari rezeki.
Ketika menangis mengenang untung nasib, terdengarlah Pari2 di langit lalu turun bertanyakan Si Pemotong Kayu….
Pari Pari: Kenapa dengan kau wahai Si Pemotong Kayu?
Si Pemotong Kayu: Kapak hamba terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak gangsa.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Si Pemotong Kayu: Bukan. Ini bukan kapak hamba.
Pari Pari pun menyelam semula dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Si Pemotong Kayu: Bukan. Ini bukan kapak hamba.
Pari Pari pun menyelam semula dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Si Pemotong Kayu: Bukan, kapak hamba buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam sekali lagi dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Si Pemotong Kayu: Ya, itulah kapak buruk hamba.
Melihat kejujuran Si Pemotong Kayu, Pari Pari Tasik merasa senang hati dan gembira. Lalu ia memberikan kesemua kapak emas, perak, gangsa dan kapak buruk itu kepada Si Pemotong Kayu sebagai hadiah balasan di atas kejujurannya.
CHAPTER II
Pada suatu ketika di hari yang lain pula, Si Pemotong Kayu bersiar2 di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Secara tiba-tiba isterinya telah jatuh ke dalam tasik lalu tenggelam tanpa sempat di selamatkan. Amatlah sedih dan dukacita Si Pemotong Kayu Maka atas kehilangan isteri tercinta. Maka turunlah kembali Pari Pari Tasik bertemu Si Pemotong Kayu.
Pari Pari: Kenapa kau  bersedih?
SiPemotong Kayu: Isteri hamba jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Siti Nurhaliza
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Si Pemotong Kayu menjawab… “ya, itulah isteri hamba…”
Melihat sikap Si Pemotong Kayu yang berbohong dan tidak jujur, maka Pari Pari menjadi marah..
“Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak.”
Sambil menahan pilu Si Pemotong Kayu menjawab,
“Sabar..sabar tuan hamba!!! Hamba bukan tamak, kalau hamba mengatakan kata ‘tidak’ pada Siti Nurhaliza… tuan hamba akan bawakan pula Erra Fazira…kalau hamba katakan ‘tidak’ juga, tuan hamba akan membawakan pula Rozita Che Wan….bila hamba katakan ‘tidak’ lagi barulah tuan hamba akan bawakan isteri hamba… bila hamba kata ‘ya’ pada isteri hamba tersebut, sudah tentu tuan hamba akan berikan mereka semuanya kepada hamba…. Hamba ini miskin lagi hina tidak mampu tanggung mereka semua artis selebriti tu”
EPILOG
Maka berterusan lah aman bahagia Si Pemotong Kayu bersama isteri buruknya. Kalau lah anda jadi Si pemotong Kayu…?????.. Muahahahaha…

No comments:

Post a Comment